JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 478 juta kes berikutan pertambahan 1.58 juta kes positif yang dikesan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas, demikian menurut data terbaharu Johns Hopkins University. Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes diikuti India dan Brazil masing-masing merekodkan lebih 43 juta kes serta 29 juta. Negara yang melepasi angka 24 juta kes adalah Perancis manakala United Kingdom pula melebihi 20 juta, Jerman dan Rusia lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka…
Read MoreMonth: March 2022
Semua muka baharu Exco Johor
JOHOR BAHRU 26 Mac – Semuanya 10 muka baharu dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang melibatkan tujuh wakil UMNO, dua MCA dan seorang dari MIC. Sepuluh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi kerusi pada pilihan raya negeri baru-baru ini mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini. Mereka ialah ADUN Buloh Kasap, Zahari Sarip; Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai); K Raven (Tenggaroh); dan Khairin Nisa Ismail (Serom). Turut sama Mohd Hairi Mad Shah (Larkin); Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah);…
Read More21,839 kes baharu Covid-19
PUTRAJAYA 26 Mac – Kes jangkitan Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 21,839 berbanding 24,316 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,101,081. Bagaimanapun jumlah kes sembuh sekali lagi mengatasi kes jangkitan dengan merekodkan 22,324 kes menjadikan jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,819,299 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berkata, sebanyak 287 kes import dilaporkan iaitu melibatkan 271 warganegara dan 16 bukan warganegara manakala 21,552 kes tempatan termasuk 781 bukan warganegara. Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 10,842 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,586 dan…
Read MoreKadar kebolehjangkitan 0.92
PUTRAJAYA 26 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara naik semula kepada 0.92 berbanding 0.91 kelmarin. Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi, manakala 11 lagi negeri merekodkan kadar yang lebih rendah. Hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.05 berbanding 1.06 kelmarin diikuti Perak 0.98, Sarawak 0.94, Melaka 0.94 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.93. Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing mencatatkan kadar 0.89, Johor 0.85, Terengganu 0.84, Pahang 0.83, Kedah 0.81, Perlis 0.78, Wilayah Persekutuan Labuan 0.78, Kelantan…
Read MoreBerita pilihan…
1,293,762 kanak-kanak terima vaksin
PUTRAJAYA 26 Mac – Sebanyak 1,293,762 individu atau 36.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. Sebanyak 11,107 kanak-kanak tampil mengambil suntikan itu semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,847,758 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka. Manakala 2,944,865 atau 94.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 789 orang yang mendapatkan suntikan vaksin itu semalam. Di samping…
Read More52 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 26 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 52 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 34,717 orang, daripada 4.07 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 15 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 11 kes diikuti Johor dan Kedah masing-masing lapan kes serta Pahang dan Perak masing-masing enam kes. Pulau Pinang merekodkan empat kes, Kelantan dan Sabah masing-masing dua kes serta masing-masing satu kes di Melaka,…
Read MoreMedia Hari Ini 26 Mac 2022
Geylang Serai kembali ceria
SELEPAS dua tahun Wisma Geylang Serai suram ketika menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri akibat Covid-19, tahun ini keadaan bakal berubah. Destinasi popular Singapura setiap kali menjelang hari raya kini bermandikan cahaya selepas majlis Pelancaran Lampu Hari Raya 2022 malam ini. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong yang menyifatkan hari raya tahun ini istimewa berikutan kelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat. “Sudah dua tahun, kita semua memerangi wabak ini Masyarakat Melayu-Islam khususnya telah mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan. Terima kasih atas kerjasama anda,” katanya. Beliau berkata, masyarakat Melayu/Islam tempatan menunjukkan “Semangat Singapura”…
Read More7,584 kes baharu Covid-19
SINGAPURA 25 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,584 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan jumlah kematian pula sebanyak 13 orang. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,060,723 dengan jumlah kematian pula 1,239 orang. Menurut MoH, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,376 adalah jangkitan tempatan dan 208 lagi adalah kes import. Sebanyak 6,486 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 171…
Read More