Kes baharu Thailand 23,441

BANGKOK 21 Mac – Sebanyak 23,441 kes baharu dan 88 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 3,377,410 kes dan 24,330 orang meninggal dunia. Angka itu menunjukkan penurunan kes berbanding 24,996 semalam . Kes 88 kematian melibatkan individu berumur antara 17 dan 93 tahun termasuk pelawat dari luar negara dan juga Myanmar. Terdapat 23,357 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 46 penghuni penjara dan 38 kes import. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,870, diikuti Nakhon Si Thammarat 1,625, Chon Buri 1,128 , Samut Sakhon 908, Samut Prakan,…

Read More

10 calon Melayu, hanya seorang dipilih

DI MANA kedudukan orang Melayu dalam DAP ? Sebenarnya berapa keanggotaan Melayu bagi membuktikan DAP parti pelbagai kaum? Berapa cawangan ‘DAP Melayu’ yang boleh menjadi perwakilan? Persoalan ini timbul  berikutan keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi parti (JTP) DAP yang berlangsung semalam. Hampir 100 peratus keanggotaannya dikuasai oleh calon bukan Melayu. Calon Melayu tidak mendapat undi sewajarnya. Walaupun ada dalam kalangan Melayu ini wakil rakyat, tetapi belum mampu menjadi tiket untuk dipilih, sama seperti yang berlaku kepada calon bukan Melayu termasuk V. Sivakumar, Ngeh Koo Ham, Tony Pua Kiam Wee, Yeo Bee…

Read More

Omicron mula ganti Delta

PUTRAJAYA 21 Mac – Penduduk Malaysia perlu berwaspada dengan peningkatan penularan varian Omicron BA.2 dan penularan berpanjangan varian Delta yang berupaya mengakibatkan jangkitan lebih serius terutama dalam kalangan mereka yang tidak divaksinasi atau tidak menerima vaksin dos penggalak. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan menjangkakan besar kemungkinan varian Omicron sub-keturunan BA.2 kelak akan menjadi varian dominan di Malaysia. Beliau juga mengesahkan Omicron sudah mula menggantikan Delta sebagai varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia. Katanya, ia berdasarkan kajian dan survelan genomik berterusan yang dijalankan pihaknya…

Read More

Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 21 Mac – Sejumlah 19,105 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menunjukkan penurunan berbanding 22,341 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 3,993,124 direkodkan dalam negara . Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu itu, sebanyak 18,719 kes membabitkan penularan tempatan meliputi 18,046 warganegara (96.4 peratus) dan 673 bukan warganegara (3.6 peratus). Baki 386 lagi membabitkan kes import dengan 373 adalah rakyat Malaysia dan 13 warga asing. Daripada 19,105 kes harian dilaporkan semalam, sebanyak 8,267 kes atau 43.27 peratus dalam Kategori 1; diikuti Kategori 2…

Read More

15,483,571 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 21 Mac – Sebanyak 1,263,287 individu atau 35.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, semalam seramai 8,708 kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,843,805 individu atau 94.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksin mereka manakala 2,942,399 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sepanjang semalam, 587 remaja mendapatkan dos pertama manakala 578 lagi melengkapkan dos…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.93

PUTRAJAYA 21 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.93 berbanding  0.92 kelmarin. Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.93. Hanya tiga negeri melepasi 1.00 iaitu Sarawak dengan 1.03 diikuti Perak 1.02 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00. Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.99 diikuti Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor masing-masing 0.98, Melaka 0.95, Johor 0.94 dan Pahang 0.93. Manakala Kedah 0.89, Kelantan 0.87, Perlis 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.74 dan Sabah…

Read More

71 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 71 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi  menjadikan jumlah keseluruhan 34,400 orang, daripada 3.96 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 26 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, terdapat 274,059 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 264,985 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. Seramai 1,623 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,080 dirawat di hospital…

Read More

10 juta pelarian konflik Rusia-Ukraine

KIRA-KIRA 10 juta orang penduduk meninggalkan kediaman mereka akibat konflik Rusia – Ukraine sejak 24 Februari lalu. Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mereka sama ada berpindah di dalam negara, atau menjadi pelarian di luar negara. Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian Filippo Grandi di Twitter pada Ahad berkata Perang di Ukraine sangat dahsyat sehingga 10 juta orang melarikan diri. “Antara tanggungjawab pihak yang melancarkan perang, di mana sahaja di dunia, adalah penderitaan yang ditanggung orang awam kerana terpaksa meninggalkan rumah mereka.”, katanya. Menurut data PBB, hampir 3.4 juta pelarian…

Read More