SOSMA: Sokongan 85 bantah 86

KUALA LUMPUR 24 Mac – Kedudukan sebenar undi belah bahagian bagi usul berkaitan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), semalam adalah 85 menyokong, bukan 84. Bagaimanapun, pindaan itu tidak mengubah keputusan semalam memandangkan jumlah Ahli Parlimen yang tidak menyokong usul itu masih lebih tinggi, iaitu 86 undi. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hari ini membuat pindaan itu berikutan terdapat kekhilafan apabila Ahli Parlimen Besut,  Idris Jusoh ditandakan sebagai tidak hadir, sedangkan beliau hadir dan terbabit dalam sesi undian. Menurut Azhar, Ahli Parlimen Jempol (Salim Sharif)…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 24 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara turun lagi kepada 0.90 berbanding 0.91 kelmarin. Lapan negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi, satu menyamai kadar kebangsaan manakala yang lain lebih rendah. Hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.03 diikuti Sarawak dan Perak yang masing-masing merekodkan kadar 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.96, Melaka 0.95, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing 0.93. Wilayah Persekutuan Putrajaya pula merekodkan 0.91 dan Pahang menyamai kadar kebangsaan 0.90. Ini diikuti Terengganu yang merekodkan 0.89, Johor…

Read More

Indonesia benarkan mudik lebaran

JAKARTA 24 Mac – Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan kelonggaran yang membenarkan rakyatnya mudik lebaran (balik kampung) dan mendirikan solat Tarawih berjemaah di masjid tahun ini berikutan situasi Covid-19 yang semakin pulih. Dalam ucapannya ke seluruh negara semalam, Jokowi bagaimanapun mengingatkan mereka yang ingin mudik lebaran perlu mendapatkan dua suntikan dos vaksin serta satu dos penggalak (booster). “Bagi masyarakat yang ingin melakukan mudik, dipersilakan, juga diperbolehkan, dengan syarat sudah mendapatkan dua kali vaksin dan sekali booster serta menerapkan protokol kesihatan yang ketat,” kata Jokowi. Dua kelonggaran itu adalah antara empat…

Read More

Kes baharu Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 24 Mac – Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka melebihi 20,000 kes buat dua hari berturut-turut selepas merekodkan 22,491 kes semalam berbanding 21,483 kelmarin. Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini mencecah 4,054,926 kes. Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 22,109 kes melibatkan jangkitan tempatan yang melibatkan juga 866 bukan warganegara manakala 382 kes import termasuk 364 warganegara. Selangor merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 10,240, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,991 dan Pulau Pinang 1,299. Menurut Dr Noor…

Read More

36 peratus kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 23 Mac – Seramai 1,277,247 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 36 peratus daripada keseluruhan populasi kumpulan berkenaan di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. Semalam, seramai 4,625 lagi kanak-kanak mendapatkan vaksin itu melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Menurut laman web COVIDNOW, untuk tempoh sama seramai 2,846,114 remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 91.5 peratus daripada populasi kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi. Manakala 374 lagi tampil mendapatkan dos pertama semalam menjadikan 2,943,587 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi…

Read More

Vaksin bayi, kanak-kanak bawah 6 tahun

SYARIKAT farmaseutikal Moderna mengumumkan vaksin Covid-19 keluarannya berkesan terhadap bayi dan kanak-kanak di bawah usia enam tahun. Menurut Moderna, satu perempat daripada dos yang digunakan untuk orang dewasa berkesan untuk kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Data awal menunjukkan selepas dua dos, kanak-kanak bawah lima tahun membangunkan paras antibodi yang melawan virus sama kuatnya dengan orang dewasa. Moderna berkata dos kecil itu selamat dan kesan sampingan utama adalah demam ringan seperti dikaitkan dengan vaksin kanak-kanak lain yang biasa digunakan. Kira-kira 6,900 sukarelawan kanak-kanak didaftarkan dalam kajian dos sebanyak 25 mikrogram.…

Read More

474 juta kes, 6.1 juta kematian global

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 seluruh dunia meningkat kepada 474 juta kes berikutan pertambahan 1.82 juta kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, demikian menurut data terbaharu Johns Hopkins University. Amerika Syarikat (AS) terus kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan lebih 43 juta serta 29 juta kes dan Perancis melepasi angka 24 juta kes. United Kingdom pula merekodkan lebih 20 juta kes Jerman dan Rusia dengan lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol kes melepasi angka…

Read More

Rapat sejadah semasa solat

SEREMBAN 23 Mac – Penjarakan fizikal ketika mendirikan solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau di negeri ini mulai 1 April ini akan mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang. Menteri Besar Aminuddin Harun berkata selain menjaga penjarakan fizikal satu meter, jemaah yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak, warga tempatan dan bukan warganegara serta penduduk tetap yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19. “Jemaah yang hadir juga perlu memastikan dalam keadaan sihat, tiada gejala seperti demam, batuk,…

Read More