Month: March 2022
Kes di Sabah kini 365,551
KOTA KINABALU 25 Mac – Sebanyak 15 daerah di Sabah mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 satu angka semalam dengan Beluran, Kunak dan Semporna merekodkan hanya satu kes jangkitan. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata empat lagi iaitu Tenom, Kinabatangan, Telupid dan Tongod masing-masing merekodkan dua kes, diikuti Ranau, Pitas dan Nabawan dengan masing-masing empat kes. Kudat dan Lahad Datu masing-masing enam kes, tujuh kes di Sipitang, lapan kes di Kuala Penyu serta Keningau dengan sembilan kes. Masidi berkata sebanyak 10 daerah mencatatkan jumlah kes harian dua angka iaitu…
Read MoreLagi 20,232 ambil dos penggalak
PUTRAJAYA 25 Mac – Sebanyak 20,232 lagi individu dewasa mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menerima dos berkenaan meningkat kepada 15,574,997 orang. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, jumlah itu meliputi 66.2 peratus daripada daripada populasi kumpulan dewasa di negara ini. Bagi kumpulan populasi yang sama, sebanyak 913 orang mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 22,947,183 atau 97.5 peratus melengkapkan dos di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Sebanyak 98.7 peratus atau 23,223,301 orang daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan. Bagi remaja berusia…
Read MoreMedia Hari Ini 25.03.2022
Sinovac: 2 juta bakal hilang status lengkap
KUALA LUMPUR 24 Mac – Berbaki seminggu lagi, menjelang 1 April, sekitar dua juta penerima dua dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac di Malaysia berisiko kehilangan status lengkap vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata unjuran itu berdasarkan jumlah semasa penerima dos primer vaksin Sinovac yang masih belum mendapatkan dos penggalak. Justeru, beliau menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk mendapatkan segera dos penggalak bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing. “Berdasarkan data terkini, seramai 2.09 juta penerima dos primer vaksin Sinovac belum menerima dos penggalak. Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan mungkin…
Read MoreKes di Singapura kini 1,053,139
SINGAPURA 24 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 8,478 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini melibatkan 8,304 kes tempatan dan 174 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,053,139. Sebanyak enam kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,226 orang meninggal dunia. Menurut MoH, sebanyak 7,125 adalah kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Protokol 2 ini terdiri daripada 150 kes import dan 6,975 jangkitan tempatan manakala 1,353 kes…
Read MoreTiada ujian saringan pintu masuk
KUALA LUMPUR 24 Mac – Pengembara tempatan atau warga asing yang memasuki negara bermula 1 April ini berikutan fasa peralihan ke endemik tidak lagi perlu melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara serta-merta di pintu masuk negara. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, pengembara tempatan atau warga asing masih perlu menjalani ujian saringan Covid-19, namun mereka diberi tempoh 24 jam untuk berbuat demikian selepas memasuki negara. Katanya, pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK-Antiten (Ag) profesional, sama ada di fasiliti kesihatan swasta di pintu masuk antarabangsa atau di luar pintu masuk antarabangsa dalam tempoh 24…
Read MoreKes harian Thailand meningkat
BANGKOK 24 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 27,024 kes berbanding 25,164 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,450,980. Angka hari ini juga menghampiri jumlah tertinggi yang direkodkan pada 18 Mac lalu sebanyak 27,071, kurang 47 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, angka itu tidak termasuk 26,768 kes positif melalui ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan menjadi 53,792 kes. Terdapat 26,740 kes disahkan di hospital dan 184 melalui ujian pengesanan serta 46 kes import dan 54 dalam kalangan penghuni penjara. Sebanyak 82…
Read MoreKes harian Brunei Darussalam turun
BERAKAS 24 Mac – Jumlah kes harian Covid-19 turun di bawah 1,000 kes hari ini dengan merekodkan 775 kes berbanding 1,006 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 129,081. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terdapat satu kematian direkodkan dan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan Covid-19. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam, beliau berkata tetdapat lapan kes dalam kategori 4 dan tiga kes dalam kategori 5. Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 627 adalah hasil pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) yang dimuat naikkan ke aplikasi…
Read MoreSiapa sembilan wanita terpilih DAP
PADA pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Parti (JTP) Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 baru-baru ini, satu pembaharuan dilakukan apabila sembilan daripada 30 kerusi diperuntukkan khusus untuk wanita. Daripada 18 yang menawarkan diri, lapan wanita berjaya meletakkan diri mereka dalam kelompok 30 teratas manakala seorang berada di ranking ke-35. Sembilan wanita yang terpilih itu merupakan gabungan wakil rakyat yang sama ada sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara. Mereka yang berlatar belakang pelbagai pengalaman dan profesion juga adalah muka lama dan orang baharu dalam politik, dengan semuanya di bawah…
Read More