105 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 17 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 105 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 34,099 orang, daripada 3.87 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 29 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Perak merekodkan angka kematian tertinggi sebanyak 21 kes, diikuti Kedah (17), Johor (13), Selangor (12) dan tujuh kes masing-masing di Pahang dan Kuala Lumpur.

Sabah dan Melaka masing-masing merekodkan lima kes, Pulau Pinang (empat), masing-masing tiga kes di Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu, manakala Kelantan dan Perlis masing-masing merekodkan dua kes serta Putrajaya (satu).

Manila Sementara itu, terdapat 299,331 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 289,043 individu atau 96.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 2,082 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,832 kes di hospital dan 374 di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 141 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 233 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment