Lebih 4.44 bilion dos disuntik

DATA Johns Hopkins University menunjukkan lebih 4.44 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

China mendahului dengan lebih 1.78 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India dengan 506 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat lebih 350 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dengan Jepun dan Jerman menghampiri jumlah tersebut manakala United Kingdom dan Perancis kini melebihi 80 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 75 juta, Malaysia mencatat lebih 25 juta, Filipina lebih 23 juta dos, Thailand lebih 20 juta dos dan Singapura lebih 8 juta dos.

Related posts

Leave a Comment