18,901, kedua tertinggi di Thailand

BANGKOK 3 Ogos – Jumlah kes harian Covid-19 di Thailand kembali melepasi 18,000 apabila merekodkan 18,901 kes hari ini, kedua tertinggi selepas 18,912 kes yang direkodkan pada 31 Julai lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand setakat ini adalah 652,185 dengan kematian pula meningkat kepada 5,315 termasuk 147 kematian yang direkodkan hari ini.

Daripada 18,901 kes baharu, sebanyak 18,158 adalah dalam kalangan orang awam (termasuk tujuh kes import) dan 743 orang dalam kalangan banduan penjara.

Kes sembuh pula meningkat kepada 437,831 orang termasuk 18,590 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Sebanyak 209,039 orang pesakit sedang menerima rawatan.

Untuk rekod, sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga Covid-19, sebanyak 623,322 kes Covid-19 direkodkan di mana 410,405 sembuh dan kematian pula sebanyak 5,221.

Dan sejak pandemik bermula awal tahun lalu, sebanyak 652,185 kes Covid-19 dilaporkan di mana 437,831 sembuh dan kematian pula 5,315.

Sementara itu Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,566 diikuti Samut Prakan 1,361, Chonburi 1,359 dan Samut Sakhon 1,282.

Related posts

Leave a Comment