Kluster teksi sapu Kota Klias

KOTA KINABALU 16 Julai – Pengusaha teksi sapu di Beaufort menjadi pencetus kluster baharu iaitu Kluster Kota Klias dengan mencatat jangkitan 44 kes kumulatif Covid-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, berkata kes indeks lelaki berusia 69 tahun, disahkan positif Covid-19 di Hospital Beaufort pada 3 Julai lepas dalam saringan kemasukan wad.

“Penularan jangkitan itu membabitkan sebahagian besar adalah dari keluarga dan pelanggan teksi sapu di beberapa lokaliti sekitar Mukim Kota Klias.

“Daripada 71 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan kadar positif sebanyak 60.5 peratus dengan jumlah kumulatif 44 kes termasuk empat kes baharu hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Masidi berkata jumlah kes harian Covid-19 pada Khamis adalah 370 kes menjadikan jumlah kumulatif 73,506 kes dan sebanyak 230 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 70,413 orang.

Dua kes kematian dilaporkan iaitu di Keningau dan Semporna.

Related posts

Leave a Comment