Dua kes tempatan satu import

PUTRAYAJA: Satu kes import dan dua kes penularan tempatan dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 meningkat kepada 8,737 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan bukan warganegara.

Katanya, kes penularan tempatan itu membabitkan  membabitkan Depot Tahanan Imigresen Jalan Duta) dan seorag pekerja asing di Sarawak.

Ujian saringan terhadap 26 orang kena tahan (OKT) di depoh tahanan terbabit sudah dijalankan dengan 25 orang disahkan negatif dan seorang menunggu keputusan ujian.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif, 77 adalah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan mereka telah diberi rawatan.

Terdapat penambahan 12 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan pulih adalah 8,538 kes atau 97.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Katanya jumlah kematian kekal 122 apabila tiada pertambahan kes berkaitan Covid-19 direkodkan pada Khamis, 16 Julai 2020.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham juga memberitahu, terdapat satu kluster baharu dikesan di sebuah syarikat di Mambong, Sarawak yang merekodkan dua kes positif .

Dua kes tersebut melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara.

Sebanyak 70 individu dikenal pasti dan disaring dimana 2 kes dilaporkan positif manakala 68 individu lagi masih menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment