Dunia kekurangan jururawat

KETIKA dunia sedang bergelut dengan wabak Covid-19, hakikatnya lebih separuh daripada barisan hadapan negara sedang berhadapan dengan kekurangan jururawat,  kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Katanya, walaupun ketika ini dunia mempunyai 28 juta jururawat tetapi masih berhadapan dengan kekurangan hampir enam juta orang dalam profesion itu.

“ Jururawat adalah tulang belakang sistem kesihatan. Hari ini mereka meletakkan diri mereka di barisan hadapan untuk memerangi wabak Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di Geneva hari ini.

Beliau merujuk data yang dikeluarkan WHO bersama Majlis Jururawat Dunia (ICN) dan Nursing Now dalam laporan yang melihat kepada tanggungjawab besar yang dimainkan jururawat.

Laporan itu mendedahkan walaupun .menjelang 2023, jumlah jururawat dianggarkan meningkat kepada 4.7 juta, namun jumlah itu tetap sedikit berbanding jumlah sepatutnya dengan kekurangan 5.9 juta.

WHO turut menyatakan terdapat jurang besar di negara miskin seperti di Afrika, Asia Tenggara, Asia Barat serta Amerika Selatan.

Ketika dunia berhadapan pandemik ini negara-negara seluruh dunia patut belajar daripada wabak serta mengambil tindakan serius dengan melabur untuk pendidikan, pekerjaan dan kepemimpinan kejururawatan..

Bidang kejururawatan perlu dilihat sebagai pelaburan dalam kesihatan bukannya kos kepada negara di mana pelaburan itu harus membawa kepada kemakmuran ekonomi.

Hari ini, ekonomi sedang dicabar oleh pandemik Covid-19 maka apabila pelaburan tepat dibuat dalam bidang kesihatan melalui tenaga kerja, ia akan membawa kembali kemakmuran ekonomi global.

SELAMAT HARI KESIHATAN SEDUNIA

Related posts

Leave a Comment