Diskaun tol dua hari

KUALA LUMPUR: Sempena  Tahun Baharu Cina, pengguna kenderaan kelas satu akan menikmati diskaun tol antara 10 peratus hingga 33 peratus di enam belas (16) lebuh raya, dan 10 peratus hingga 30 peratus di tiga (3) lebuh raya dengan plaza tol tertentu.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyatan media, memaklumkan

tawaran diskaun oleh syarikat konsesi terlibat akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad ini.

16 Lebuhraya yang menawarkan diskaun tol

1. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) – diskaun 33 peratus

2. Lebuhraya Cheras – Kajang (GSSB) – diskaun 30 peratus

3. Lebuhraya Utara -Selatan (PLUS) – diskaun 20 peratus

4. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(LPT 2 )- diskaun 20 peratus

5. Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) – diskaun 15 peratus

6. Lebuhraya Pintas Selat KlangUtara Baru (GSNK ) – diskaun 15 peratus

7. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) – diskaun 10 peratus

8. Lebuhraya Shah Alam (KESAS) – diskaun 10 peratus

9. Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) – diskaun 10 peratus

10. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) – diskaun 10 peratus

11. Lebuhraya Sungai besi (BESRAYA) – diskaun 10 peratus

12. Lebuhraya Senai – Desaru (SDE) – diskaun 10 peratus

13. Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) – diskaun 10 peratus

14. Lebuhraya Panati Timur Fasa 1 (LPT1) – diskaun 10 peratus

15. Lebuhraya Lingkaran Butterworth (BORR) – diskaun 10 peratus

16. Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) – diskaun 10 peratus

3 Lebuhraya yang menawarkan diskaun tol di Plaza Tol tertentu

1. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) – diskaun 30 peratus

2. Lebuhraya Baru Pantai (NPE) – diskaun 10 peratus

3. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) – diskaun 10 peratus

Related posts

Leave a Comment