Sekadar di pinggiran, Pas ikut telunjuk DAP?

HUDUD dan siapa Perdana Menteri (PM) pakatan DAP-Pas-PKR (3P) jika memenangi pilihan raya umum (PRU) timbul lagi. Isu ini pernah dibangkitkan tidak lama dulu. Dua isu inilah yang menghantui pemikiran pemimpin pakatan – Hudud dan PM. Belum ada kata sepakat mengenainya. Semalam, DAP mahu kedua-dua isu itu diputuskan sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu pakatan itu menjelaskan pendirian bahawa 3P tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang PRU. Pendirian itu penting supaya pakatan 3P mempunyai dasar yang jelas, konsisten dan meyakinkan rakyat…

Read More